Pages

Wednesday 3 July 2013

MERSIXTravel : Jalan-Jalan di Pulau Redang

Salam warga Mersix. Hujung minggu yang lepas (28-30 Jun), seramai 6 orang ahli Mersix iaitu Izzati, Hamidah, Saidah, Mardiah, Ruby dan Fatiha telah ke Pulau Redang sempena meraikan Hamidah yang telah habis belajar dah bakal bergelar Doktor.


Kami menaiki feri dari jeti Shahbandar pada pukul 10.30 pagi dan tiba di jeti Kg Baru Pulau Redang pada jam 12 tengahari. Oleh sebab ini adalah percutian bajet, kami berenam berkongsi 1 bilik sahaja di Redang Island Resort yang terletak indah di atas cliff.



Pada hari kedua, kami melakukan snorkeling di Pulau KerenggaPulau Paku dan Marine Park. Coral di Pulau Paku adalah yang paling cantik. Kami juga bertuah kerana dapat melihat penyu berenang di lautan.



Aktiviti malam kedua adalah menonton perlawanan akhir Piala FA di dalam bilik! So sad JDT kalah. Sila berusaha lagi.

Pada hari terakhir, kami menaiki van untuk bermandi manda di Pantai Teluk Dalam Besar.



Adalah sangat merugikan jika ke Pulau Redang tapi tidak ke Pantai Teluk Dalam Besar kerana air laut nya biru dan jernih, pasir pantai sangat putih dan halus, persekitaran yang belum tercemar dan pemandangan yang sangat indah.

Kami pulang menaiki feri pada jam 1 petang. Walaupun terdapat masalah seperti nyaris tertinggal bas, kerisauan dihalau pihak hotel dan sebagainya, percutian ini berlangsung dengan jayanya.



Diharap percutian sesama ahli Mersix dapat dilakukan dengan lebih kerap pada masa hadapan.

Additional info:

Harga tiket feri dari Jeti Shahbandar: RM110 return
Harga pakej snokerling: RM40

Kalau stay kat Long Beach, kena naik boat ($$$) untuk ke Pantai Teluk Dalam Besar.

Kalau nak access mudah ke Pantai Teluk Dalam Besar, kena sewa chalet kat Kg Baru Pulau Redang.

 Antaranya, The Taraas Spa & Beach Resort, Redang Island Resort, Asmadi Guest House, Redang D' Rimba Chalet.

1 comment:

  1. salam..nk tye yg naik van untuk bermandi manda di Pantai Teluk Dalam Besar tu termasuk pakej snorkeling ke?yg marine park tu yg tmpt ad muzium ek?sbb 6 -7 tahun dulu selalu family bwk p redang,5X kot..tapi dh lama sgt,da lupa..ingt nk repeat lagi

    ReplyDelete