Pages

Saturday 25 April 2015

Akaun Itu Mudah

Pada 18 April yang lalu, program Akaun Itu Mudah diadakan untuk kali kedua 

Objektif program Akaun Itu Mudah adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar Tingkatan 4 dan 5 terhadap peluang untuk menyambung pelajaran dan kerjaya dalam bidang perakaunan.  

Fasilitator pada tahun terdiri daripada 11 orang yang merupakan bekas belajar MRSM Taiping, Mersing dan Johor Bahru. 

Program yang diadakan di MRSM Johor Bahru bermula pada jam 8.30 pagi dengan sesi welcoming remark oleh Cikgu Norah dan Aiman.  

 Farhan HafetzShahrizal Abdul Razak antara yang berkongsi berkenaan kerjaya mereka. 


Farhan Hafetz

Sharizal Abdul Razak




Antara perkara paling menarik yang ingin dikongsikan adalah we must stay true to ourselves and what ever we do, in order to ensure that our lives are fulfilled, we must do what makes us happy. 

Nurdhiah membawa adik-adik Tingkatan 4 dan 5 MRSM Johor Bahru melalui pengalamannya selama setahun di Kadet PTD. Ada modul polis, bomba, tentera darat, tentera laut, Genovasisambubg belajar di Universiti Malaysia dan sebagainya. Pelbagai pengalaman, cabaran dan rintangan yang dilalui di setiap modul.  


Nurdhiah (gambar tengah)

Slot ini turut diisi dengan perkongsian daripada Ridha dan Hanem tentang perjalanan perniagaan dan kerjaya masing-masing. Mereka turut menyampaikan tips-tips kecemerlangan dalam SPM. 



Slot berikutnya dikendalikan oleh Azim Kamil, Nurzahirudin, Raja Nisa Balqis, dan Sofina. Mereka merupakan anak sulung MRSM Johor Bahru dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan di pelbagai institusi. Azim di KPTM, Raja di UiTM Shah Alam, Zahir dan Sofina di Kolej Yayasan Saad. Mereka memberikan pendedahan kepada adik-adik tentang kriteria yang diperlukan untuk menjadi pelajar perakaunan, jadual rutin harian, dan sebagainya.  


Selepas rehat makan tengah hari, program bersambung dengan permainan ala-ala Treasure Hunt yang dipanggil Accounting Race 


Para peserta diminta untuk mendapatkan clue bagi menyelesaikan soalan prinsip perakaunan beserta pelarasan. Clue tersebut akan diberi di setiap checkpoint setelah tugasan tertentu berjaya dilaksanakan. Ada yang diminta menyanyi, menari, menjawab kuiz dan sebagainya.  

Setelah kesemua kumpulan berjaya mendapatkan clue yang diperlukan,mereka dikehendaki untuk menjawab soalan yang diberikan dan membuat pembentangan.  

Sesi pembentangan yang dipanggil sebagai The Accountant memerlukan semua kumpulan untuk berkongsi tentang  kelayakan professional perakaunan.  

Alhamdulillah, program ini tamat pada jam 5.30 petang. Secara keseluruhannya, kami rasa adik-adik Tingkatan 4 dan 5 di sini ada potensi,semangat, ekspresif. Sekiranya mereka mampu kenal potensi diri dan salurkan tenaga mereka ke arah yang betul, masa depan yang cerah sedang menanti mereka.  



Jumpa lagi dalam edisi Akaun Itu Mudah yang akan datang !! 

No comments:

Post a Comment