Pages

Friday 6 March 2015

Amalan Gaya Hidup Sihat


“Sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati”. Itulah ungkapan yang cukup untuk menggambarkan kepentingan menjadi sihat. Kesihatan diri; luar dan dalam yang baik akan membawa kita ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Kehidupan yang bermakna adalah satu pencapaian yang perlu untuk menyiapkan diri dengan bekalan yang cukup sebelum melangkah (samada dengan rela atau tidak) memasuki alam mati. MATI adalah penghujung bagi setiap kehidupan. Tiada makhluk pun yang mampu hidup berjuta tahun selamanya kecuali DIA yang MAHA ESA. Kita manusia tidak terkecuali untuk mati. Mati dengan cara yang mulia atau mati yang mengaibkan? Kita yang tentukan. Kerana kita telah diberi otak untuk berfikir, dan hati untuk meneliti setiap buah fikiran yang difikirkan. Namun, ada pepatah berbicara ikut rasa binasa, ikut HATI MATI. Justeru, penelitian berlandaskan panduan dan teladan adalah contoh terbaik untuk kita mencorak kehidupan kita ini.



 Amalan gaya hidup sihat dari sudut rohani dan jasmani adalah sangat penting. Selain mengejar dunia, akhirat yang pasti juga perlu untuk dijadikan keutamaan. EMPAT elemen utama untuk panduan asas kea rah gaya hidup sihat adalah MAKANAN, IBADAH, AKAL dan HATI.

1. MAKANAN

Carilah makanan yang BENAR HALAL dari segala sudut nya. Dari asas sumbernya, persiapannya dan penyediaannya. Ini kerana makanan akan menjadi darah daging kita. Darah yang mengalir dalam badan kita adalah untuk semua sel dan organ kita berfungsi. Darah ini juga yang akan mengalir turun ke generasi kita. Justeru, darah ini perlu dihasilkan dari sumber yang baik, bersih atau dengan erti kata lain nya, HALAL untuk memastikan hasil nya juga baik dan bersih. Di Malaysia, rujukan untuk makanan/produk makanan yang halal boleh didapati dari laman web; http://www.halal.gov.my/v4/index.php/en/.




Contoh pemakanan seimbang yang boleh dijadikan panduan untuk memiliki amalan gaya hidup sihat melalui makanan.

2. IBADAH (Amal baik; Ma’ruf).

Sebutan yang mencakup seluruh apa yang dicintai dan diredhai Allah, baik berupa ucapan atau perbuatan, yang zahir maupun yang batin adalah Ibadah. Perlakuan yang baik dari asalnya, niatnya, dan perlaksanaannya turut menjadikan kita tergolong dalam golongan yang menjalankan ibadah. Bukan sahaja perlakuan ibadah di atas tikar sejadah, malahan di waktu sehari-harian. Renungkanlah ibadah lain yang telah kita lakukan..atau langsung tiada? Bertindaklah segera… Antara ibadah lain yang boleh dilaksanakan untuk mengajar diri kita ke arah gaya hidup sihat adalah:

1.  Menjalinkan hubungan baik dengan keluarga, jiran, rakan- rakan dan masyarakat sekeliling
2.  Menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran
3.  Menghulurkan bantuan dengan tiada mengharapkan balasan duniawi.

Setiap agama menitikberatkan perlakuan yang baik untuk kesejahteraan hidup bersama. Antara contoh perlakuan baik, adab dan perilaku yang berlandaskan Islam boleh dibaca dalam entri blog ini; http://almanhaj.or.id/category/view/71/page/1.



3. AKAL

Buah fikiran manusia adalah satu keajaiban yang dikurniakan oleh-Nya. Akal fikiran yang dikurniakan ini kepada manusia perlu digunakan dengan sebaiknya untuk mengatur perjalanan kita ke jalan yang lebih baik dengan izin dari-Nya.

     “Imam Ghazali di dalam kitabnya 'Ihya Ulumuddin', mendefinisikan akal sebagai sumber ilmu, tempat timbul, dan sendi ilmu. Ilmu itu berlaku daripada akal sebagaimana berlakunya buah-buahan daripada pohon kayu, sinar dari matahari dan penglihatan daripada mata. Akal juga sering ditakrifkan sebagai alat perubahan berfikir, menimbang buruk baik, atau merasakan segala perubahan keadaan, sehingga dapat mengambil manfaat daripadanya. Tegasnya, akal ialah nur (cahaya) yang dibekalkan oleh Tuhan kepada manusia.”
Justeru itu, buah fikiran yang terhasil dari pemikiran seharian-harian kita hendaklah berlandaskan jalan yang betul dan hendaklah dilaksanakan kepada/untuk jalan yang betul. Perlakuan yang dilaksanakan daripada pemikiran yang baik dan betul boleh membimbing kita kepada amalan gaya hidup sihat.

4. HATI

Hati ini bukanlah ‘liver’. Bukanlah organ. Ia adalah perasaan. Perasaan yang mampu mengaburi pemikiran akal yang logik. Hati sering dikuasai nafsu yang sentiasa membawa kita ke jalan yang salah. Ini kerana kita sering mengalah kepada nafsu yang jahat.. Nafsu secara umumnya bermaksud  keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat.



Kita perlu mencorak keinginan hati kita. Berpatutan dengan nilai-nilai yang mulia. Dengan itu, baru lah kita dapat membentuk haluan hidup kita ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Artikel ini disumbangkan oleh Ieqa Juahari



No comments:

Post a Comment