Pages

Sunday 19 January 2014

MX012 - Panggilan Ilahi kita tak pasti. Tapi mati itu pasti.

Fakta Rambang.

Kita masih hidup. Masih mebaca, melihat, menulis dan menaip. Untuk yang pergi kita kirimkan doa. Panggilan Ilahi kita tak pasti. Tapi mati itu pasti.

Dulu belajar. Mungkin juga kini. Budak, 5 tahun. Remaja, 5 tahun. Matang sikit, 3, 4, 5 tahun. Dewasa, 2 atau 3 tahun. Gembira. Sedih. Semua tinggal kenangan.

Kini bekerja. Mengejar cita-cita. Atau mungkin terpksa. Redha. Pasrah. Penat. Stress. Tiada kesudahan.

Jodoh. Ada yang masih menanti. Masih mencari. Sudah berjumpa. Jika belum, sabarlah. Jodoh itu pasti ada. Lambat atau cepat hanya DIA yang tahu. Jika sudah, terimalah. Kurang atau lebih, itu ketentuanNYA.

Cantik, bersyukurlah. Hodoh, bersyukurlah. Pasti ada hikmahNYA. Cantik mungkin sengsara, hodoh mungkin gembira. Jangan sesekali mengubahnya.

Kawan. Kadang peneman duka dan suka. Kadang musuh halimunan. Pilih dengan hati bukan dengan mata. Jadilah sahabat. Bukan penjahat.

Kaya untuk mereka yang berduit. Kaya juga untuk mereka yang berilmu. Pilihla yang mana satu. Mungkin kedua-duanya. Beringat, jangan bongkak. Kerana duit itu tak kekal. Tapi ilmu itu selamanya.

Bumi itu bulat. Lautan tiada sempadannya. Langit luas terbentang. Kehidupan kita yang pilih. Takdir DIA yang tentukan. Semuanya sudah terancang.

Friday 3 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Hari ini sudah pun tahun 2014, sudah tiga tahun umur MERSIX.

Tahukah anda, sejak penubuhan MERSIX pada tahun 2011, perjalanan program MERSIX adalah berteraskan kepada 6 fokus utama iaitu Multimedia (M), Elicitor (E), Raffles (R), Scheduler (S), Internal Control (I), dan Xternal Affair (X).

Fungsi

Multimedia (M) adalah untuk mereka bentuk sebarang logo,poster dan sebagainya apabila diperlukan dan juga mengetuai sebarang tugasan kreatif .

Elicitor (E) pula mendapatkan, menyimpan, dan mengemaskini data MERSIX dan menguruskan pendaftaran.

Segala pendaftaran dan nombor giliran yang anda dapat adalah diuruskan oleh MERSIX.

Raffle (R) pula bermaksud means a way of making money for a charity or a project by selling tickets with numbers on them. Later some numbers are chosen and the tickets with these numbers on them win prizes.




Berdasarkan definisinya, orang yang bertanggungjawab sebagai Raffle bertanggungjawab untuk merencana aktiviti-aktiviti yang boleh menambah dana MERSIX.

Scheduler(S) pula merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti , mengendalikan surat-menyurat, dan menyimpan segala dokumen MERSIX.

Aktiviti Program Gempak SPM dan Annual Gathering MERSIX adalah dianjurkan oleh S.

Internal Control (I) pula berfungsi untuk menyimpan dana MERSIX.I ni ibarat Bendahari MERSIX.

Xternal Affair(X) adalah sebagai AJK Perhubungan MERSIX dan melaksanakan segala program yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan juga yang memerlukan jalinan kerjasama yang kuat daripada pelbagai pihak, khususnya daripada bekas-bekas pelajar MRSM Mersing yang berlainan batch dan juga dengan pihak maktab.

BlogMERSIX, Group facebook MERSIX, Mersix Like, dan Profile page MERSIX adalah diuruskan oleh X.

Semua portfolio di atas walaupun kelihatan hampir sama dengan organisasi-organsasi yang lain, namun kami tonjolkan kelainan menggunakan abjad-abjad daripada perkataan MERSIX sebagai panduan.

Walaubagaimanapun, di sebalik usia MERSIX yang hampir mencecah 3 tahun pada 1 Februari 2014 nanti, kami berdepan masalah untuk melaksanakan segala idea-idea yang mencurah-curah bagi menggerakkan MERSIX sebagai satu gerakan yang dinamik selain berganding bahu dengan membantu pihak maktab.

Oleh itu, kami ingin mengajak kawan-kawan semua untuk menjadi sebahagian daripada kami.

Berilah IDEA, terutamanya yang berkaitan dengan 6 focus area kami sepertimana di atas.

Kalau nak jadi ADMIN pun boleh. Kami perlukan anda.
Semoga MERSIX kekal kental di tahun 2014 ini.

Selamat Tahun Baru.
Assalamualaikum.