Pages

Monday 8 July 2013

MX002 : Arif Ahmad

Assalamualaikum warga MERSIX,

Apa yang saya nak kongsikan ini ialah apa yang saya lalui sendiri dan ikhlas dari diri sendiri, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Saya lebih suka perkongsian berbentuk cerita kerana ia lebih mudah untuk dihadami oleh akal dan perasaan kita, dan akan sentiasa dekat pada kita walau di mana kita berada. Sebelum itu, nama saya Arif, seperti yang sahabat semua kenali.




Saya hanya insan biasa yang berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan pencapaian dari semasa ke semasa dan berusaha untuk membantu orang lain menambah nilai hidup mereka.

Perkongsian saya ini adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup kita yang mungkin kita buat-buat tak tahu, atau kita abaikan, atau kita anggap ianya tidak berapa penting.

Perkongsian ini juga merupakan peringatan untuk saya juga sekiranya saya terlupa atau terleka suatu hari nanti. Sedar tak rakan-rakan? Kita hidup sekarang ni kan, masing-masing mencari-cari dan mengejar-ngejar rezeki itu dengan bekerja kuat siang malam, kerja overtime dan struggle untuk mencari sejumlah wang.

Tetapi, perasan tak kita, bahawa adakah rezeki yang kita dapat itu berkat atau tidak dan perasan tak kita, yang rezeki tu boleh datang tanpa kita sangka-sangka dalam hidup kita.

Ok, saya bagi contoh tentang keberkatan ni ye, dulu saya kerja makan gaji, gaji boleh tahan la, tapi hidup saya tak seindah yang disangka. Dapat gaji, habis dan dapat bonus pun habis. Kerja stress, tidur kat office dan memang saya tak enjoy hidup saya masa tu.

Saya pelik dan pelik apa yang tak kena dengan diri saya ni. Ok, dipendekkan cerita, saya sekarang kerja sendiri. Apa yang saya “realise” ialah beza dulu kerja dengan orang dan kerja sendiri ini ialah bila kita kerja sendiri, kita bergantung 100% kepada-Nya, tetapi bila kita kerja dengan orang, kita rasa selesa sebab duit akan sentiasa masuk setiap bulan secara automatik walaupun kita buat kerja tu tak bersungguh-sungguh, banyak ambil M/C atau tak ikhlas.

Jadi, baru saya sedar, dulu walaupun saya kerja kuat, tetapi duit cepat je habis. Kenapa? Sebab saya buat kerja tak ikhlas, terpaksa, dipaksa oleh bos dan buat sebab sebagai syarat datang kerja, buat kerja asalkan siap dan dapat duit gaji, bukan sebab kita rasa ikhlas, rasa tenang nak bantu bos kita.

Dan apabila saya kerja sendiri, saya dah tak boleh buat macam tu, sebab duit tak masuk secara automatik seperti saya makan gaji dulu. Dan kini saya bergantung 100% kepada-Nya dalam soal rezeki, bukan bergantung pada manusia semata-mata.

Jadi, pada yang bekerja dan berbisnes, ingat 1 ni, kita mesti betulkan balik niat kita, kita bekerja siang malam ni, kita bergantung kepada-Nya 100% untuk rezeki kita. Dan kita mesti merapatkan hubungan dengan-Nya untuk dapat rezeki tu.

Dengan cara apa? Apa yang saya maksudkan ialah, kita perbanyakkan la sedekah. Saya nak share baru-baru ini first time saya beri sedekah lebih dari biasa dan saya niat dalam hati, “Ya Allah dengan pemberian aku ni yang luar dari kebiasaan, Engkau buktikanlah, berilah dan tunjuklah aku ganjaran dan balasan yang sewajarnya.”

Saya sangat terkejut dengan resultnya. Secara tak disangka-sangka, saya telah ditaja untuk hadiri seminar yang berharga RM1,000 secara percuma. Rasa macam tak percaya pun ada, serius! Dan saya bersyukur sangat. Allah dah janji kat kita pun, cuma kita je tak perasan. (*Cuba baca maksud Ayat 1000 Dinar atau Surah At-Thalaq ayat 2-3 untuk anda faham maksud saya ini).

Ok la, macam dah panjang sangat pulak sharing ini. Jadi, cuba praktikkan dalam hidup anda, dan Insya Allah anda juga akan nampak resultnya juga.

Syarat dia: Yakin, Yakin dan Yakin seterusnya doa, beribadat dan bertindak.

 Barulah, rezeki yang kita dapat tu berkat dan saya yakin dengan janji dari Allah ini.

Sekian, salam.

No comments:

Post a Comment