Pages

Saturday 27 July 2013

MX004 : Kalau Orang Lemas, Apa Nak Buat?

Pada minggu lalu, terdapat dua berita yang menyedihkan apabila terdapat dua kes orang lemas.





Sekiranya berlaku kejadian serupa di depan mata anda, apa yang anda akan dilakukan ?

Tips Membantu Mangsa Lemas

1) Capai
• Cuba capai mangsa tanpa masuk ke dalam air.

• Kaedah ini sesuai dilakukan sekiranya mangsa berada berdekatan dengan tebing kolam/sungai.

Berpaut pada sesuatu yang kukuh seperti tiang sebelum anda cuba mencapai mangsa.

2) Campak
Campakkan sesuatu yang boleh digunakan oleh mangsa untuk mengapungkan diri seperti pelampung, kick board renang, dan sebagainya.

3) Berenang
Reaksi pertama kebanyakan kita lakukan apabila ingin menyelamatkan mangsa lemas adalah terjun ke dalam air dan berenang untuk mendapatkan mangsa.

• Namun sebenarnya kaedah ini sepatutnya menjadi pilhan terakhir jika kita ingin menyelamatkan mangsa lemas kerana kaedah ini adalah kaedah yang paling berisiko.

• Jangan cuba selamatkan orang lemas dengan pergi berenang mendapatkannya kecuali anda memang terlatih untuk itu dan mempunyai alat yang lengkap.

• Seseorang yang sedang lemas adalah terdesak dan akan menarik apa sahaja yang dirasakan boleh membantunya terapung termasuklah badan anda!

Anda mungkin akan sama-sama tenggelam. Inilah yang berlaku di kes (1), apabila mangsa yang merupakan kanak-kanak yang bukan sahaja bertubuh kecil malah tidak terlatih telah diheret sama apabila cuba membantu mangsa lain yang terdesak bagi menyelamatkan diri.

Semoga info yang tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan oleh warga MERSIX sekalian. 

Tambahan pula, dengan cuti panjang yang tiba tidak berapa lama lagi. 

Mungkin ada yang mengambil kesempatan ini untuk bercuti bersama keluarga di tempat bermandi manda selain berkunjung ke rumah sanak saudara.

No comments:

Post a Comment