Pages

Wednesday, 11 December 2013

MX024 - Anugerah Semester Akhir

Assalamualaikum & Hai Mersix! J

Sekarang saya berada di semester akhir pengajian sarjana kewangan islam.  Siapa tak gembira nak habiskan pengajian. Tiba tiba Allah turunkan ujian. Allah merencana sesuatu untuk saya. Sesuatu yang indah. Yang indah untuk diterima oleh orang yang hebat kesabarannya. Tapi takpe, tak petah dengan ujian ni. Redha je yang penting doa banyak-banyak dekat Allah sebab sakit ni pun makhluk Allah juga. Ujian tersebut ialah sakit lymphoma. Dalam artikel ini saya hendak kongsi bagaimana saya terima ujian & kronologi bagaimana saya kesan sakit ni.


Sekitar Julai 2013 saya sedar ada macam biji kecil saiz biji kurma dekat lekuk tulang selangka kanan. Dan, ada ketumbuhan kawasan salur pernafasan hasil daripada x-ray yang dilakukan. Lepas tu beberapa ujian susulan dijalankan.


21.8.2013
Ada lump on my right collar bone. Ia tak sakit, ia firm & ia mobile. Golf-ball size. 3cmx3cm.

13.9.2013
Temujanji dengan general surgeon. Waktu ni  Doktor tanya kenapa lambat datang sebab swelling node tu dah besar. Saya mula rasa takut sebab pertanyaan tu. Doktor tanya lagi ada night sweating, unexplained weight loss, fever dan, saya jawab saya tiada simptom itu. Saya normal. Ok, Doktorr pun check kawasan yang ada nodes di seluruh badan saya.  Alhamdulillah, yang lain semua clear, cuma ada satu sahaja swelling node di leher saya. 

Diagnos awal
Thyroid @ thymoma. Blood test.

17.9.2013
Fine needle biopsy test. Masa ambil ujian ini, Doktor gunakan jarum yang sangat fine untuk ambil sample lump tu. Rasa macam kena gigit dengan semut api. Sakit manja manja gitu. Senyum.  

30.9.2013
CT Scan. Untuk kali ini, saya dinasihatkan puasa supaya mudah urusan semasa scan nanti. Masa dah baring atas pentas untuk dimasukkan ke dalam donut yang besar, saya diberi suntikan warm fluid. Boleh rasa cecair tu panas mengalir dalam tubuh. Bau cecair tu meloyakan tapi best sebab boleh experience how CT Scan is like. 

Cecair itu ialah special dye called contrast material, yang berfungsi untuk highlight kawasan dalam badan yang bermasalah. Feeling-feeling macam masukkan power fluid supaya leh jadi kuat macam superman.Hehe. Walaupun rasa tak selesa, tapi kena tunjuk macho juga, yeah, saya macho & tough. Mungkin ini permulaan kifarah ku. Senyum je. After scan, saya terus sarapan & minum air banyak-banyak untuk flush out  cecair tu. Sabar.

9.10.2013
Abah & umi bawa berubat secara rawatan Islam. Ustaz tu terangkan ketumbuhan ini boleh jadi disebabkan dua perkara samada dari jin yang masuk dalam pembuluh darah @ pemakanan kita. Alhamdulillah, setelah dibacakan ayat alquran, doa syifa & etc, saya tiada tanda terkena jin. Mungkin ketumbuhan ini disebabkan oleh cara hidup& gaya pemakanan saya. Redha.

10.10.2013
Pagi hari tarikh ni ada temujanji dengan Dr Tee. Doktor revealed result hasil ujian darah, fine needle biopsy & CT Scan, menunjukkan Hodgkin lymphoma. Earlier was misdiagnosed due to insufficient clinical evidences. Semasa terima keputusan ini, saya tenang & tak boleh digest apa Doktor sebut sebab tak faham. Balik rumah buat reading & otak slowly faham, proses & terima & redha & redha & redha. Transferred to medical clinic, consulted with Dr Guan (hematologist).

14.10.2013
Temujanji Dr Tee and Dr Mada (general surgeon). Explained on risks of incisional biopsy; bleeding etc. Dr Mada will lead minor procedure to cut out chunks of the lump.

16.20.2013
Dr Mada called & reminded to come early on Friday morning for minor procedure.

17.10.2013
ENT Assessment. Dr Samuel scopped through left nose. Alhamdulillah, no mass, no cerebrum, clear for minor procedure. Then, met Dr Guan for chemo cycle explanation and risks being faced. Senyum & ucap terima kasih pd Dr.

18.10.2013
Incisional biopsy. Ini fasa yang menguji ketahanan mental. Masuk wad pagi, incisionnya lepas solat jumaat. Keluar wad pukul 11 malam. 3 kali bius. Bius tahan sekejap je.Sakit? Ya. Allahu. Allah ada. Alhamdulillah Allah bagi peluang rasa sakit tu macam mana. Alhamdulillah, tekanan darah sebelum operate 124/x. & lepas operate 116/x. Angka bawah tak ingat dah berapa. Masuk OT pukul 2.15 petang & selesai pukul 3.30 petang. Alhamdulillah, Dr Mada and team did a great job! Surgeon cekap & nurses skillful. Dari theatre bay nampak abah lambai2. Saya senyum :))) tabahnya abah menemani saya sepanjang di hospital. :))))

20-26.10.2013
Kuatkan semangat ke Cagayan De Oro untuk share ilmu. Alhamdulillah, Allah lindungi diri ini. Walaupun kesan jahitan masih jelas di leher, tapi takpe, ia tidak mematahkan semangat saya. Lillahita’ala. Ni gambar saya hadir Conference Kewangan Islam semasa di sana. Waktu present paper ni, fizikal saya tak berapa mengizinkan tapi redah je sebab nak share ilmu dengan pendengar yang hadir.



Ni bergambar dengan senior2 & sifu dalam zakat. Saya masih bertatih mendalami zakat.






28.10.2013
Blood test lagi.


30.10.2013
Ok, hasil daripada ujian-ujian klinikal sebelum ini, hematologist sahkan Hodgkin Lymphoma Stage 2A. Redha and senyum, senyum, senyum. Dapat jadual untuk tarikh chemo. Yeayyy !! :)).. InsyaAllah will undergo six cycles of chemotherapy starting on 7th November.  Senyum & ucap terima kasih pd Dr.

6.11.2013
Admission

7.11.2013 
Morning. Bone Marrow. 
Evening: FIRST CYCLE OF CHEMO. InsyaAllah. Biiznillah. Doakan ya? Saya nak cergas & sihat kembali :))))

15.11.2013
1st chemo cycle, round 2.

4.12.2013
Conference at Menara Bank Islam, KL. Berkira-kira juga untuk hadir ke conference ini. Tapi sebab supervisor dah hantar nama, jadi saya pergi juga. Habis program dalam pukul 9 malam, saya terus balik Melaka. Esoknya 5.12 saya ada rawatan chemo di hospital.

Ni masa bergambar dekat Conference kedermawanan baru baru ini. Alhamdulillah, walaupun diri ini tak la berdaya sangat, tapi saya cuba sehabis baik, present paper dan saya menang silver untuk wuipcon poster competition. Syukur.


5.12.2013
2nd chemo cycle, round 1. Alhamdulillah, dah masuk second cycle. insyaAllah ada beberapa lagi cycle untuk dilalui.

Kesimpulan
Sekarang ni Alhamdulillah sangat boleh terima ragam chemo ni. Ada masa tak terlayan ragam chemo, tapi pada kebanyakan masa Allah beri kekuatan untuk dwelling sebaiknya dengan ujian ini. InsyaAllah, saya kena dan perlu kuat hadapi ujian ini sebab lepas habis belajar insyaAllah saya akan serve untuk UiTM untuk mendidik anak bangsa & Ummah. InsyaAllah, doakan saya ya. Terima kasih, kalian J
Zehan, Zuhal 5.

*Maaf, Bahasa berterabur  hihi J

Sunday, 6 October 2013

MX015 - Duit

Duit oh duit.
Semua orang kejar duit.
Semua orang cari duit.

Semua benda perlu duit.
Tanpa duit hidup gelap katanya.
Tanpa duit hidup susah katanya.
Adakah kita hamba duit?
Atau duit hamba kita?
Kita berlari kejar duit atau duit  berlari kejar kita?
Tuan tidak datang menghadap hambanya.
Tapi hamba yang datang menghadap Tuannya.
Siapa kita?
Tuan atau hamba?
Yang mengejar atau dikejar?

Tanya aku..?
Kadang jadi hamba. Kadang jadi Tuannya.
Yang pasti, duit bukan segalanya.
Tapi segalanya adalah duit!

Sunday, 4 August 2013

MX006 - Dua Tahun Yang Singkat


"Eh, after eh."

"Pehal tiba-tiba after?", ujar aku dalam hati yang innocent ini.

Tapak seterika yang berbekas Milo itu masih panas

Sebagai pendatang baru di asrama ini, aku kena gosok baju dengan penuh komitmen.

 Oleh itu, dua pasang baju Melayu putih berserta samping dan kemeja lengan panjang seluar khaki untuk pakai seminggu aku siap gosok.

Perkara itu membuatkan orang lain beratur panjang di bilik pantri.

Aku tergelak kecil bahagia melihat orang lain derita menunggu. Not.

Setiap kali menjelang bulan puasa, aku mesti teringat bulan puasa di asrama.

Satu, sebab waktu bulan puasa di asrama lah terasa sayup tak bersama keluarga.

Dua, banyak aktiviti kerohanian yang tersusun macam solat terawikh, tadarus Al-Quran dan sebagainya.

Cewah. Tapi betul lah, waktu bulan puasa lah kita terasa spesial sikit. Terasa buat amal lebih sikit.

Sebenarnya kita semua sedia maklum bahawa aktiviti semacam ini disusun rapi di asrama adalah bertujuan mendidik kita atau mengambil alih tanggungjawab ibu bapa kita sepanjang di asrama. 

Sebab itu sampai ada Warden sanggup rotan membara. Ingat tu.

Jeng jeng jeng. Selama 5 tahun atau 2 tahun di asrama masa dihabiskan dan dalam tempoh itu, kita belajar untuk jadi lebih dewasa.

Tak kira bukan dari segi akademik, malah tetang kemanusiaan dan ketuhanan. Aku percaya ramai yang telah berjaya ke Universiti London mahupun local atau Universiti Antartika. (Ok ini over). 

Setelah graduasi, dilimpahkan pula rezeki dapat kerja yang bagus-bagus dan pejabatnya tinggi-tinggi belaka kalah orangnya.

Nah, setelah itu. Sekarang atau hari ini, adakah kita masih mempraktikkan apa yang kita dah belajar waktu di asrama? Lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan.

Mungkin ramai yang sibuk bekerja dan ada kala terpaksa berkelana di tengah-tengah laut demi sesuap nasi.

 Ya, tak mudah nak menghadapinya.

Satu, jauh daripada keluarga.

Dua, orang keliling bukan majoriti orang Islam dan sukar untuk saling mengingatkan.

Tiga, tuntutan kerja ikut shift malam atau sebagainya.

Ibadah berpuasa dan solat lima waktu perlu dilangsungkan walau apa cara sekalipun melainkan sudah tak mampu.

Tiba-tiba jadi serius. Tapi sekadar ini lah yang aku cuba nak cerita.

Kelazatan hidup meraih wang daripada bekerja memang manis. Kita sebenarnya semut-semut yang mencicip manisnya gula. Bila-bila saja akan mati dipijak.

Maaf kalau post kali ini hitam putih tanpa foto dan menampakkan karakter aku yang agak traditionalist. Tak peduli, yang penting kena baca. Haha.

Terima kasih semua sahabat sebab sudah menjadi sebahagian daripada memori kehidupan di asrama.

Terima kasih Cikgu-cikgu yang banyak memberi tunjuk ajar. 

Mungkin aku kena cari lebih masa untuk melawat semula Maktab yang disayangi. Ya, walaupun mungkin kita tak betul-betul kenal sesama sendiri selama dua tahun yang singkat.

Waktu tengah hari, hujung minggu begini, memang seronok rehat berbaring atas katil.

Salam Ramadhan.

Monday, 29 July 2013

MX005 : 10 Kebaikan Timun

Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa pada yang berpuasa.

Selaku bekas pelajar sains pemakanan, maka rasanya macam nak share tentang pemakanan pada kawan-kawan.topik kali ni, 10 kebaikan timun.

1. sumber vitamin B yang baik dan senang diambil.

2. Boleh bantu melawan kanser kerana mengandungi sejenis bahan yang bernama lariciresinol, pinoresinol, dan secoisolariciresinol.

3. Boleh menghidrasi semula tubuh badan dan juga membantu mencukupkan vitamin dalam badan .

4. Boleh digunakan untuk penjagaan kulit muka dan juga rambut.



5. Boleh digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan bunyi pada pintu.

6. Menghilangkan masalah nafas yang berbau.

7. Salah satu makanan yang boleh membantu masalah penghadaman.

8. Membantu mengurangkan masalah kolesterol, diabetes dan juga mengawal masalah tekanan darah tinggi.

9. Membantu menghilangkan kesakitan akibat arthritis , gout dan juga masalah sendi

10. Membantu menyelesaikan masalah setelah mabuk.

Saturday, 27 July 2013

MX004 : Kalau Orang Lemas, Apa Nak Buat?

Pada minggu lalu, terdapat dua berita yang menyedihkan apabila terdapat dua kes orang lemas.





Sekiranya berlaku kejadian serupa di depan mata anda, apa yang anda akan dilakukan ?

Tips Membantu Mangsa Lemas

1) Capai
• Cuba capai mangsa tanpa masuk ke dalam air.

• Kaedah ini sesuai dilakukan sekiranya mangsa berada berdekatan dengan tebing kolam/sungai.

Berpaut pada sesuatu yang kukuh seperti tiang sebelum anda cuba mencapai mangsa.

2) Campak
Campakkan sesuatu yang boleh digunakan oleh mangsa untuk mengapungkan diri seperti pelampung, kick board renang, dan sebagainya.

3) Berenang
Reaksi pertama kebanyakan kita lakukan apabila ingin menyelamatkan mangsa lemas adalah terjun ke dalam air dan berenang untuk mendapatkan mangsa.

• Namun sebenarnya kaedah ini sepatutnya menjadi pilhan terakhir jika kita ingin menyelamatkan mangsa lemas kerana kaedah ini adalah kaedah yang paling berisiko.

• Jangan cuba selamatkan orang lemas dengan pergi berenang mendapatkannya kecuali anda memang terlatih untuk itu dan mempunyai alat yang lengkap.

• Seseorang yang sedang lemas adalah terdesak dan akan menarik apa sahaja yang dirasakan boleh membantunya terapung termasuklah badan anda!

Anda mungkin akan sama-sama tenggelam. Inilah yang berlaku di kes (1), apabila mangsa yang merupakan kanak-kanak yang bukan sahaja bertubuh kecil malah tidak terlatih telah diheret sama apabila cuba membantu mangsa lain yang terdesak bagi menyelamatkan diri.

Semoga info yang tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan oleh warga MERSIX sekalian. 

Tambahan pula, dengan cuti panjang yang tiba tidak berapa lama lagi. 

Mungkin ada yang mengambil kesempatan ini untuk bercuti bersama keluarga di tempat bermandi manda selain berkunjung ke rumah sanak saudara.

Tuesday, 16 July 2013

MX003 : Tak Kenal Maka Tak Cinta

Assalamualaikum and Good Day Mersix.


I’m Fatihah @ Fath. Form 1 until Form 3, Class of Bimasakti, Homeroom of Cemerlang.  Form 4 until Form 5, Class of Zuhal, Homeroom of Juara

I posted this picture in my Facebook. Celebrate 2 years of surviving in Audit.

Currently, I’m working with BDO as an Auditor.

I’m an Auditor. Not an Accountant (Nik Aisyah, First Episode of the The Apprentice Asia). For me they are same. Take care of money(Tony Fernandes, First Episode of the The Apprentice Asia). Lol

I first joined BDO as a vacation trainee and most of my seniors during that time are Chinese

Initially, it was very hard for me to speak in English fluently and awkward to mingle around with them. 

I don’t have any non Malay friend since my secondary school was beloved MRSM Mersing and my University Di Hatiku is UiTM Shah Alam.

But we managed to break our ice and awkwardness. 

We talk about food. You are not Malaysian if don’t eat Nasi Lemak…hihi. And sometimes we had big bowls of Tofu and Rice for lunch and Roti Canai for yamca. Yummy!

First day of Puasa, my senior treat us one team for dinner.    

Leow : Eh, Fatihah, what time you all buka puasa today?

Me : 7.30 p.m.

Leow : Then, you buy something first. Afraid we couldn’t reach Tropicana before 7.30.

Me : Yeah2…will buy drinks later at 7-11.

Leow : Eh, your cuti raya apply already? How many days you want to take?

Me : 3 days can? I’ll bring you guys Kuih Raya.

Darsh : I want chicken rendang, ketupat and soy sauce.

Xindy : I want pineapple tart.

Me : Huuuuuu….yeah2 will try.

Leow : Ok2. I’ll be your backup. By the way kan Fatihah, if you did not pray, your fasting will be useless right? I just want to confirm only.

Me :  Indeed I agree. Solat Tiang Agama. If we want to build house, we need to have strong pole to support it. Then, we can create the door, window, etc. Thank you Leow for being my backup.  

What I’m trying to say is that randomly my non Muslim colleagues will ask the basic questions about religion such as why all Malay guys go for Friday prayer, so I have the obligations to explain the reasons clearly. 

Who knows one day Allah gives them Hidayah. Amin.

Although we are different races and religions but we still respect each other. 

“Rojak-rojak” when talking. Not all my Chinese and Indian colleagues know how to speak their mother tongue. 

Despite, they know Malay better. Below are my pictures with colleagues. Aiman said to include many pictures if possible. hehehe

We Work Hard, Play Hard and Eat Hard together.




The boys were so focused on work..But the girls were so excited taking pictures of souvenier.



Laser Tag on Friday Night.



Thank you Leow for the delicious Japanese food.



CSR Project. Jimmy is just my colleague. Hehehe



That’s all from me. Thank you for reading and please excuse my terrible English.

So Mersix, when we are going to Buka Puasa together?^^

Monday, 8 July 2013

MX002 : Arif Ahmad

Assalamualaikum warga MERSIX,

Apa yang saya nak kongsikan ini ialah apa yang saya lalui sendiri dan ikhlas dari diri sendiri, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Saya lebih suka perkongsian berbentuk cerita kerana ia lebih mudah untuk dihadami oleh akal dan perasaan kita, dan akan sentiasa dekat pada kita walau di mana kita berada. Sebelum itu, nama saya Arif, seperti yang sahabat semua kenali.




Saya hanya insan biasa yang berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan pencapaian dari semasa ke semasa dan berusaha untuk membantu orang lain menambah nilai hidup mereka.

Perkongsian saya ini adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup kita yang mungkin kita buat-buat tak tahu, atau kita abaikan, atau kita anggap ianya tidak berapa penting.

Perkongsian ini juga merupakan peringatan untuk saya juga sekiranya saya terlupa atau terleka suatu hari nanti. Sedar tak rakan-rakan? Kita hidup sekarang ni kan, masing-masing mencari-cari dan mengejar-ngejar rezeki itu dengan bekerja kuat siang malam, kerja overtime dan struggle untuk mencari sejumlah wang.

Tetapi, perasan tak kita, bahawa adakah rezeki yang kita dapat itu berkat atau tidak dan perasan tak kita, yang rezeki tu boleh datang tanpa kita sangka-sangka dalam hidup kita.

Ok, saya bagi contoh tentang keberkatan ni ye, dulu saya kerja makan gaji, gaji boleh tahan la, tapi hidup saya tak seindah yang disangka. Dapat gaji, habis dan dapat bonus pun habis. Kerja stress, tidur kat office dan memang saya tak enjoy hidup saya masa tu.

Saya pelik dan pelik apa yang tak kena dengan diri saya ni. Ok, dipendekkan cerita, saya sekarang kerja sendiri. Apa yang saya “realise” ialah beza dulu kerja dengan orang dan kerja sendiri ini ialah bila kita kerja sendiri, kita bergantung 100% kepada-Nya, tetapi bila kita kerja dengan orang, kita rasa selesa sebab duit akan sentiasa masuk setiap bulan secara automatik walaupun kita buat kerja tu tak bersungguh-sungguh, banyak ambil M/C atau tak ikhlas.

Jadi, baru saya sedar, dulu walaupun saya kerja kuat, tetapi duit cepat je habis. Kenapa? Sebab saya buat kerja tak ikhlas, terpaksa, dipaksa oleh bos dan buat sebab sebagai syarat datang kerja, buat kerja asalkan siap dan dapat duit gaji, bukan sebab kita rasa ikhlas, rasa tenang nak bantu bos kita.

Dan apabila saya kerja sendiri, saya dah tak boleh buat macam tu, sebab duit tak masuk secara automatik seperti saya makan gaji dulu. Dan kini saya bergantung 100% kepada-Nya dalam soal rezeki, bukan bergantung pada manusia semata-mata.

Jadi, pada yang bekerja dan berbisnes, ingat 1 ni, kita mesti betulkan balik niat kita, kita bekerja siang malam ni, kita bergantung kepada-Nya 100% untuk rezeki kita. Dan kita mesti merapatkan hubungan dengan-Nya untuk dapat rezeki tu.

Dengan cara apa? Apa yang saya maksudkan ialah, kita perbanyakkan la sedekah. Saya nak share baru-baru ini first time saya beri sedekah lebih dari biasa dan saya niat dalam hati, “Ya Allah dengan pemberian aku ni yang luar dari kebiasaan, Engkau buktikanlah, berilah dan tunjuklah aku ganjaran dan balasan yang sewajarnya.”

Saya sangat terkejut dengan resultnya. Secara tak disangka-sangka, saya telah ditaja untuk hadiri seminar yang berharga RM1,000 secara percuma. Rasa macam tak percaya pun ada, serius! Dan saya bersyukur sangat. Allah dah janji kat kita pun, cuma kita je tak perasan. (*Cuba baca maksud Ayat 1000 Dinar atau Surah At-Thalaq ayat 2-3 untuk anda faham maksud saya ini).

Ok la, macam dah panjang sangat pulak sharing ini. Jadi, cuba praktikkan dalam hidup anda, dan Insya Allah anda juga akan nampak resultnya juga.

Syarat dia: Yakin, Yakin dan Yakin seterusnya doa, beribadat dan bertindak.

 Barulah, rezeki yang kita dapat tu berkat dan saya yakin dengan janji dari Allah ini.

Sekian, salam.