Pages

Monday, 8 July 2013

MX002 : Arif Ahmad

Assalamualaikum warga MERSIX,

Apa yang saya nak kongsikan ini ialah apa yang saya lalui sendiri dan ikhlas dari diri sendiri, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Saya lebih suka perkongsian berbentuk cerita kerana ia lebih mudah untuk dihadami oleh akal dan perasaan kita, dan akan sentiasa dekat pada kita walau di mana kita berada. Sebelum itu, nama saya Arif, seperti yang sahabat semua kenali.




Saya hanya insan biasa yang berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan pencapaian dari semasa ke semasa dan berusaha untuk membantu orang lain menambah nilai hidup mereka.

Perkongsian saya ini adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup kita yang mungkin kita buat-buat tak tahu, atau kita abaikan, atau kita anggap ianya tidak berapa penting.

Perkongsian ini juga merupakan peringatan untuk saya juga sekiranya saya terlupa atau terleka suatu hari nanti. Sedar tak rakan-rakan? Kita hidup sekarang ni kan, masing-masing mencari-cari dan mengejar-ngejar rezeki itu dengan bekerja kuat siang malam, kerja overtime dan struggle untuk mencari sejumlah wang.

Tetapi, perasan tak kita, bahawa adakah rezeki yang kita dapat itu berkat atau tidak dan perasan tak kita, yang rezeki tu boleh datang tanpa kita sangka-sangka dalam hidup kita.

Ok, saya bagi contoh tentang keberkatan ni ye, dulu saya kerja makan gaji, gaji boleh tahan la, tapi hidup saya tak seindah yang disangka. Dapat gaji, habis dan dapat bonus pun habis. Kerja stress, tidur kat office dan memang saya tak enjoy hidup saya masa tu.

Saya pelik dan pelik apa yang tak kena dengan diri saya ni. Ok, dipendekkan cerita, saya sekarang kerja sendiri. Apa yang saya “realise” ialah beza dulu kerja dengan orang dan kerja sendiri ini ialah bila kita kerja sendiri, kita bergantung 100% kepada-Nya, tetapi bila kita kerja dengan orang, kita rasa selesa sebab duit akan sentiasa masuk setiap bulan secara automatik walaupun kita buat kerja tu tak bersungguh-sungguh, banyak ambil M/C atau tak ikhlas.

Jadi, baru saya sedar, dulu walaupun saya kerja kuat, tetapi duit cepat je habis. Kenapa? Sebab saya buat kerja tak ikhlas, terpaksa, dipaksa oleh bos dan buat sebab sebagai syarat datang kerja, buat kerja asalkan siap dan dapat duit gaji, bukan sebab kita rasa ikhlas, rasa tenang nak bantu bos kita.

Dan apabila saya kerja sendiri, saya dah tak boleh buat macam tu, sebab duit tak masuk secara automatik seperti saya makan gaji dulu. Dan kini saya bergantung 100% kepada-Nya dalam soal rezeki, bukan bergantung pada manusia semata-mata.

Jadi, pada yang bekerja dan berbisnes, ingat 1 ni, kita mesti betulkan balik niat kita, kita bekerja siang malam ni, kita bergantung kepada-Nya 100% untuk rezeki kita. Dan kita mesti merapatkan hubungan dengan-Nya untuk dapat rezeki tu.

Dengan cara apa? Apa yang saya maksudkan ialah, kita perbanyakkan la sedekah. Saya nak share baru-baru ini first time saya beri sedekah lebih dari biasa dan saya niat dalam hati, “Ya Allah dengan pemberian aku ni yang luar dari kebiasaan, Engkau buktikanlah, berilah dan tunjuklah aku ganjaran dan balasan yang sewajarnya.”

Saya sangat terkejut dengan resultnya. Secara tak disangka-sangka, saya telah ditaja untuk hadiri seminar yang berharga RM1,000 secara percuma. Rasa macam tak percaya pun ada, serius! Dan saya bersyukur sangat. Allah dah janji kat kita pun, cuma kita je tak perasan. (*Cuba baca maksud Ayat 1000 Dinar atau Surah At-Thalaq ayat 2-3 untuk anda faham maksud saya ini).

Ok la, macam dah panjang sangat pulak sharing ini. Jadi, cuba praktikkan dalam hidup anda, dan Insya Allah anda juga akan nampak resultnya juga.

Syarat dia: Yakin, Yakin dan Yakin seterusnya doa, beribadat dan bertindak.

 Barulah, rezeki yang kita dapat tu berkat dan saya yakin dengan janji dari Allah ini.

Sekian, salam.

Wednesday, 3 July 2013

MERSIXTravel : Jalan-Jalan di Pulau Redang

Salam warga Mersix. Hujung minggu yang lepas (28-30 Jun), seramai 6 orang ahli Mersix iaitu Izzati, Hamidah, Saidah, Mardiah, Ruby dan Fatiha telah ke Pulau Redang sempena meraikan Hamidah yang telah habis belajar dah bakal bergelar Doktor.


Kami menaiki feri dari jeti Shahbandar pada pukul 10.30 pagi dan tiba di jeti Kg Baru Pulau Redang pada jam 12 tengahari. Oleh sebab ini adalah percutian bajet, kami berenam berkongsi 1 bilik sahaja di Redang Island Resort yang terletak indah di atas cliff.



Pada hari kedua, kami melakukan snorkeling di Pulau KerenggaPulau Paku dan Marine Park. Coral di Pulau Paku adalah yang paling cantik. Kami juga bertuah kerana dapat melihat penyu berenang di lautan.



Aktiviti malam kedua adalah menonton perlawanan akhir Piala FA di dalam bilik! So sad JDT kalah. Sila berusaha lagi.

Pada hari terakhir, kami menaiki van untuk bermandi manda di Pantai Teluk Dalam Besar.



Adalah sangat merugikan jika ke Pulau Redang tapi tidak ke Pantai Teluk Dalam Besar kerana air laut nya biru dan jernih, pasir pantai sangat putih dan halus, persekitaran yang belum tercemar dan pemandangan yang sangat indah.

Kami pulang menaiki feri pada jam 1 petang. Walaupun terdapat masalah seperti nyaris tertinggal bas, kerisauan dihalau pihak hotel dan sebagainya, percutian ini berlangsung dengan jayanya.



Diharap percutian sesama ahli Mersix dapat dilakukan dengan lebih kerap pada masa hadapan.

Additional info:

Harga tiket feri dari Jeti Shahbandar: RM110 return
Harga pakej snokerling: RM40

Kalau stay kat Long Beach, kena naik boat ($$$) untuk ke Pantai Teluk Dalam Besar.

Kalau nak access mudah ke Pantai Teluk Dalam Besar, kena sewa chalet kat Kg Baru Pulau Redang.

 Antaranya, The Taraas Spa & Beach Resort, Redang Island Resort, Asmadi Guest House, Redang D' Rimba Chalet.

Sunday, 30 June 2013

MX001 - Pendo’a

Sekeping pelekat yang tertulis ayat Qursy disua kepada aku.

Katanya, bayarlah berapa saja..tetapi lebih dari 50 sen, sebab tidak balik modal sekiranya kurang.

Aku memberinya seringgit. Saat wang bertukar kepada kertas pelekat, dia menadah tangan dikhalayak ramai. Berdoa untuk aku.

Ya. Berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan aku dan keluarga.

Terkesima.




Perbualan kami sepanjang hampir satu jam sementara menanti tibanya tren komuter diakhiri dengan doanya buat aku. Terharu walau mungkin doa itu nilainya RM 1 pada dia.

Namun tidak ternilai padaku.


Didoakan

Apa mungkin perasaan kita bila tahu ada seseorang yang mendoakan kita? Bahagia? Teruja? Terharu? Apatah lagi orang yang mendoakan itu ialah orang yang tidak kita kenali.

Ada tak orang di dunia ni yang sanggup berhabis wang untuk didoakan? Ya, sangat ramai orang mempercayai kemustajaban doa sang pendoa.

Ada yang membayar untuk dibacakan doa-doa menyembuhkan, merawat, menguatkan kasih, dan bermacam-macam lagi. Pokoknya bukan itu yang mahu aku bicarakan.

Apa yang aku fikirkan ialah. Sangat ramai yang memerlukan doa dari orang lain. Mengapa ya? Aku tiada jawapannya. 

Aku sendiri sering meminta ibu bapa dan sahabat-sahabat mendoakan aku. Namun, adakah aku juga mendoakan mereka?

Mendoakan

Kuasa doa itu sangat hebat. Kerana Allah Maha Mendengar.

Sepertimana baiknya memberi daripada menerima begitu jugalah baiknya mendoakan daripada didoakan. Hati kita pasti tenang bila tahu sentiasa ada orang yang mendoakan kita. 

Namun, untuk rasa tenang itu berkekalan, kita juga harus sedia mendoakan.

Saat kita punya ‘mereka’ yang mendoakan kita, masih ramai manusia yang tercari-cari siapa yang mahu mendoakan dirinya.

Namun, bagi mereka yang tercari-cari sang pendoa..

Ingatlah bahawa Allah itu amat dekat. Doa sahaja guna hatimu. Doa sahaja guna lidahmu. Dia pasti mendengar.

Alangkah baiknya bila kita sentiasa mendoakan.

Wednesday, 5 June 2013

Jadual Menulis di BlogMERSIX : 2013

Kami telah pun menyusun giliran penulisan di blogmersix.

Sekiranya terdapat dalam kalangan ahli yang tidak mahu terlibat dalam projek ini, sila hubungi kami dengan komen di bawah ataupun pm sahaja kami di facebook.

Berikut adalah senarai penulis bagi tahun 2013.



Berdasarkan jumlah ahli terkini, giliran penulisan ini hanya akan tamat pada 29 Jun 2015.

Sila hantarkan artikel anda ke emel mersix2006@gmail.com.

Untuk senarai penuh, anda boleh rujuk di group MERSIX. https://www.facebook.com/groups/120457584655049/

Untuk melihat panduan penulisan,sila klik link di bawah









Tuesday, 4 June 2013

Panduan Penulisan BlogMERSIX


Pada kesemua ahli MERSIX dan pembaca blogMERSIX yang berminat untuk menyumbangkan artikel untuk blogMERSIX, berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi:

1) Boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris


2) Topik yang ingin diutarakan adalah bebas (Cerita peribadi, tips kesihatan, tips rumah tangga, berita, muzik adalah dibenarkan)


3) Jikalau terdapat sebarang isu sensitif yang dipaparkan oleh penulis, pihak MERSIX tidak berhak untuk meminda apa-apa.





4) Artikel tersebut akan dipulangkan kepada penulis tersebut dengan saranan/nasihat untuk pindaan pada bahagian-bahagian yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.


5) Penulis sendiri yang akan membuat pindaan tersebut.


6) Admin hanya akan membuat pembetulan jika terdapat sebarang kesalahan ejaan.


7) Para penulis digalakkan untuk menyertakan sebarang gambar,video dan juga sebarang bahan lain yang dirasakan sesuai bagi menarik minat pembaca.

Setiap artikel hendaklah diemelkan ke mersix2006@gmail.com


Untuk pertanyaan lanjut, pm kami di facebook.

p/s : Bekas pelajar MRSM Mersing tidak kira dari batch mana juga digalakkan terlibat di dalam projek ini.

Sunday, 2 June 2013

MERSIX Walimatul Urus :Dayana Ishak



Macam dah berjanji warga MERSIX ni, tiga minggu berturut-turut dipenuhi jemputan walimatul urus dari warga Mersix. Kalau 18 Mei gilian Farah jadi raja sehari, 26 mei pula tarikh istimewa buat rakan Mersix Dayana yang dah pun dah jadi isteri orang.

Dayana telah pun dinikahkan dengan pasangannya pada malam 25 Mei 2013. Majlis kali ni disertai oleh rakan-rakan Mersix yang lain, yang datang bermula dari majlis akad nikah lagi. Jom layan gambar yang diambil dari rakan-rakan mersix yang telah hadir.

gambar di malam pernikahan. kredit pada photog perkahwinan mereka:)
ini pelamin tempat bersanding yang cantik:)

Kepada Dayana dan pasangan, selamat mendirikan rumah tangga, semoga berkekalan hingga ke syurga dari seluruh warga MERSIX!

MERSIX Walimatul Urus : Siti Norfarahain Abu Hanifah dan Nazirul Azizi

2 orang lagi geng MERSIX telah pun mendirikan rumah tangga semalam (2 Jun 2013) iaitu Siti Norfarahain dan juga Nazirul Azizi ataupun lebih mesra dengan panggilan KK.

Upacara akad nikah telah berlangsung pada hari Sabtu 1 Jun 2013. Majlis telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Taman Utama, Yong Peng, Johor.

Upacara persandingan bermula kira-kira jam 1.45 petang dengan ketibaan pengantin lelaki telah diiringi oleh ahli keluarga dan saudara maranya.

Tema warna merah-pink telah diplih untuk majlis kali ini.

Ahli keluarga terdekat KK mengenakan pakaian serba ungu


Raja dan Permaisuri Sehari


Beberapa orang geng MERSIX yang lain turut hadir ke majlis ini. Antaranya ialah Nameck, Satan, Arif, dan Afif. Ada juga yang tiba lewat kerana menaiki bas namun terbabas hingga ke Labis.





Semoga pasangan mempelai berjaya melayari bahtera perkahwinan dengan jayanya dan berbahagia SAMPAI SYURGA. 

Majlis di rumah KK berkemungkinan besar akan diadakan pada 31 Ogos 2013 nanti. Pada mana-mana yang tidak berkesempatan untuk hadir ke majlis ini, silalah datang ke majlis yang akan diadakan di Rompin nanti. 

p/s : Pada rakan-rakan yang hadir ke majlis Dayana minggu lepas, silalah kongsi cerita anda di group MERSIX. Kami juga akan post berkenaan majlis Dayana dalam masa 1-2 hari nanti.