Pages

Sunday 19 January 2014

MX012 - Panggilan Ilahi kita tak pasti. Tapi mati itu pasti.

Fakta Rambang.

Kita masih hidup. Masih mebaca, melihat, menulis dan menaip. Untuk yang pergi kita kirimkan doa. Panggilan Ilahi kita tak pasti. Tapi mati itu pasti.

Dulu belajar. Mungkin juga kini. Budak, 5 tahun. Remaja, 5 tahun. Matang sikit, 3, 4, 5 tahun. Dewasa, 2 atau 3 tahun. Gembira. Sedih. Semua tinggal kenangan.

Kini bekerja. Mengejar cita-cita. Atau mungkin terpksa. Redha. Pasrah. Penat. Stress. Tiada kesudahan.

Jodoh. Ada yang masih menanti. Masih mencari. Sudah berjumpa. Jika belum, sabarlah. Jodoh itu pasti ada. Lambat atau cepat hanya DIA yang tahu. Jika sudah, terimalah. Kurang atau lebih, itu ketentuanNYA.

Cantik, bersyukurlah. Hodoh, bersyukurlah. Pasti ada hikmahNYA. Cantik mungkin sengsara, hodoh mungkin gembira. Jangan sesekali mengubahnya.

Kawan. Kadang peneman duka dan suka. Kadang musuh halimunan. Pilih dengan hati bukan dengan mata. Jadilah sahabat. Bukan penjahat.

Kaya untuk mereka yang berduit. Kaya juga untuk mereka yang berilmu. Pilihla yang mana satu. Mungkin kedua-duanya. Beringat, jangan bongkak. Kerana duit itu tak kekal. Tapi ilmu itu selamanya.

Bumi itu bulat. Lautan tiada sempadannya. Langit luas terbentang. Kehidupan kita yang pilih. Takdir DIA yang tentukan. Semuanya sudah terancang.

No comments:

Post a Comment