“Sihat sebelum
sakit, hidup sebelum mati”. Itulah ungkapan yang cukup untuk menggambarkan
kepentingan menjadi sihat. Kesihatan diri; luar dan dalam yang baik akan
membawa kita ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Kehidupan yang bermakna
adalah satu pencapaian yang perlu untuk menyiapkan diri dengan bekalan yang
cukup sebelum melangkah (samada dengan rela atau tidak) memasuki alam mati.
MATI adalah penghujung bagi setiap kehidupan. Tiada makhluk pun yang mampu
hidup berjuta tahun selamanya kecuali DIA yang MAHA ESA. Kita manusia tidak
terkecuali untuk mati. Mati dengan cara yang mulia atau mati yang mengaibkan?
Kita yang tentukan. Kerana kita telah diberi otak untuk berfikir, dan hati
untuk meneliti setiap buah fikiran yang difikirkan. Namun, ada pepatah
berbicara ikut rasa binasa, ikut HATI MATI. Justeru, penelitian berlandaskan
panduan dan teladan adalah contoh terbaik untuk kita mencorak kehidupan kita
ini.
Amalan gaya hidup sihat dari sudut rohani dan jasmani adalah sangat penting. Selain mengejar dunia, akhirat yang pasti juga perlu untuk dijadikan keutamaan. EMPAT elemen utama untuk panduan asas kea rah gaya hidup sihat adalah MAKANAN, IBADAH, AKAL dan HATI.
1. MAKANAN
Carilah makanan
yang BENAR HALAL dari segala sudut nya. Dari asas sumbernya, persiapannya dan
penyediaannya. Ini kerana makanan akan menjadi darah daging kita. Darah yang
mengalir dalam badan kita adalah untuk semua sel dan organ kita berfungsi.
Darah ini juga yang akan mengalir turun ke generasi kita. Justeru, darah ini
perlu dihasilkan dari sumber yang baik, bersih atau dengan erti kata lain nya,
HALAL untuk memastikan hasil nya juga baik dan bersih. Di Malaysia, rujukan
untuk makanan/produk makanan yang halal boleh didapati dari laman web; http://www.halal.gov.my/v4/index.php/en/.
Contoh pemakanan
seimbang yang boleh dijadikan panduan untuk memiliki amalan gaya hidup sihat
melalui makanan.
2. IBADAH (Amal
baik; Ma’ruf).
Sebutan yang
mencakup seluruh apa yang dicintai dan diredhai Allah, baik berupa ucapan atau
perbuatan, yang zahir maupun yang batin adalah Ibadah. Perlakuan yang baik dari
asalnya, niatnya, dan perlaksanaannya turut menjadikan kita tergolong dalam
golongan yang menjalankan ibadah. Bukan sahaja perlakuan ibadah di atas tikar
sejadah, malahan di waktu sehari-harian. Renungkanlah ibadah lain yang telah
kita lakukan..atau langsung tiada? Bertindaklah segera… Antara ibadah lain yang
boleh dilaksanakan untuk mengajar diri kita ke arah gaya hidup sihat adalah:
1. Menjalinkan
hubungan baik dengan keluarga, jiran, rakan- rakan dan masyarakat sekeliling
2. Menjaga
kebersihan diri dan juga persekitaran
3. Menghulurkan
bantuan dengan tiada mengharapkan balasan duniawi.
Setiap agama
menitikberatkan perlakuan yang baik untuk kesejahteraan hidup bersama. Antara
contoh perlakuan baik, adab dan perilaku yang berlandaskan Islam boleh dibaca
dalam entri blog ini; http://almanhaj.or.id/category/view/71/page/1.
3. AKAL
Buah fikiran
manusia adalah satu keajaiban yang dikurniakan oleh-Nya. Akal fikiran yang
dikurniakan ini kepada manusia perlu digunakan dengan sebaiknya untuk mengatur
perjalanan kita ke jalan yang lebih baik dengan izin dari-Nya.
“Imam
Ghazali di dalam kitabnya 'Ihya Ulumuddin', mendefinisikan akal sebagai sumber
ilmu, tempat timbul, dan sendi ilmu. Ilmu itu berlaku daripada akal sebagaimana
berlakunya buah-buahan daripada pohon kayu, sinar dari matahari dan penglihatan
daripada mata. Akal juga sering ditakrifkan sebagai alat perubahan berfikir,
menimbang buruk baik, atau merasakan segala perubahan keadaan, sehingga dapat
mengambil manfaat daripadanya. Tegasnya, akal ialah nur (cahaya) yang dibekalkan
oleh Tuhan kepada manusia.”
Justeru
itu, buah fikiran yang terhasil dari pemikiran seharian-harian kita hendaklah
berlandaskan jalan yang betul dan hendaklah dilaksanakan kepada/untuk jalan
yang betul. Perlakuan yang dilaksanakan daripada pemikiran yang baik dan betul
boleh membimbing kita kepada amalan gaya hidup sihat.
4.
HATI
Hati
ini bukanlah ‘liver’. Bukanlah organ. Ia adalah perasaan. Perasaan yang mampu
mengaburi pemikiran akal yang logik. Hati sering dikuasai nafsu yang sentiasa
membawa kita ke jalan yang salah. Ini kerana kita sering mengalah kepada nafsu
yang jahat.. Nafsu secara umumnya bermaksud keinginan, kecenderungan atau dorongan hati
yang kuat.
Kita perlu mencorak keinginan hati kita. Berpatutan dengan
nilai-nilai yang mulia. Dengan itu, baru lah kita dapat membentuk haluan hidup
kita ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
Artikel ini disumbangkan oleh Ieqa Juahari
No comments:
Post a Comment