Assalamualaikum.
Pada 1 Februari 2015, genaplah 4 tahun usia penubuhan Mersix.
Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Mersix, mesti korang perasan yang pelbagai aktiviti telah kami lakukan sejak 4 tahun yang lepas.
Diilhamkan hasil daripada reunion batch SPM 2006 MRSM Mersing pada hujung tahun 2010, Mersix telah anjurkan pelbagai aktiviti.
Ada program Walimatulurus Mersix, Mersix Travel, Program Titian Kecemerlangan, Gempak SPM, dan juga BlogMersix.
Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab yang tidak dapat elakkan, Mersix mula bergerak perlahan pada tahun 2014. Aktiviti tahunan kami, Program Gempak SPM tertangguh malah BlogMersix tergendala sementara.
Namun begitu, pada tahun ini, tahun 2015 ini, Mersix akan diteruskan.
Apa yang akan kami buat pada tahun ini?
Kami akan teruskan dengan program
1) BlogMersix
BlogMersix dimulakan pada tahun 2013, dengan menyediakan medium kepada semua ahli Mersix untuk share idea dan minat kepada semua.
Pada mulanya,kami membuat giliran kepada untuk membolehkan setiap ahli Mersix menulis untuk BlogMersix.
Namun pada tahun ini, kami akan post article pada setiap hari Sabtu. Untuk detail, tunggu post kami yang akan datang.
2) Gempak SPM
Program ini telah dianjurkan pada tahun 2012 dan 2013. Elemen yang utama dalam program ini
adalah aktiviti akademik, latihan dalam kumpulan, dan juga kerjaya.
3) Akaun Itu Mudah by KESPA
Tahun ini merupakan tahun kedua program Akaun Itu Mudah by KESPA diadakan.
Program ini memberikan tumpuan kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil subjek
Prinsip Perakaunan untuk SPM.
Kami menjemput bekas pelajar dari MRSM-MRSM untuk berkongsi pengalaman dan career prospect dalam bidang akaun.
Pada tahun ini, program Akaun Itu Mudah akan diadakan di MRSM Johor Bahru pada bulan April ini, sama seperti tahun lepas.
Akhir sekali, jangan lupa baca BlogMersix untuk post yang akan datang dan jangan lupa like page Mersix dan jenguk-jenguk website Mersix ya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment