Pages

Sunday, 19 May 2013

Jadual giliran menulis di BlogMersix

Dalam masa terdekat, kami akan mengeluarkan jadual giliran bagi membolehkan semua ahli MERSIX yang berdaftar dari MX001 hingga MX108 untuk menulis di group MERSIX.

Hal ini adalah bagi membolehkan penglibatan yang menyeluruh daripada geng MERSIX walaupun kebanyakan daripada kita terpisah daripada sudut geografi.

Walaupun anda berada di luar negara ataupun berada jauh dari Lembah Klang yang kerap menjadi venue utama bagi setiap event yang diadakan, melalui giliran menulis di blogmersix, anda akan berpeluang untuk menyertai program MERSIX.




Oleh itu, pada sesiapa yang masih belum mendaftar, silalah mendaftar dan emelkan ke mersix2006@gmail.com.

Manakala pula,pada sesiapa yang telah mendaftar namun tidak mahu menyertai aktiviti ini, anda boleh memaklumkan ketidaksudian anda itu kepada kami setelah jadual giliran itu keluar nanti.

Peraturan-peraturan bagi menulis di blogmersix adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang pernah kami uar-uarkan sebelum ini.

p/s: Sehingga hari ini (20 Mei 2013), seramai 108 orang telah mendaftar.




Jadilah sebahagian daripada kami sekarang !!

MERSIX Walimatul Urus : Farhana Masron

Pada hari Sabtu 18 Mei 2013 yang lalu, ada seorang lagi kawan MERSIX yang telah mendirikan rumah tangga iaitu Farhana Masron. Masa di maktab dulu, ada orang panggil dia Farah, ada juga yang panggil Bulat. 

Majlis Walimatul Urus beliau telah diadakan di rumahnya yang terletak di Merlimau, Melaka. Mungkin disebabkan oleh kedudukan geografi rumah beliau yang terletak di tengah-tengah antara Kuala Lumpur, Johor, dan mungkin Pahang, maka ramai juga kawan- kawan Mersix  yang dapat hadir. 

Nak tahu siapa yang datang, bolehlah tengok gambar-gambar di bawah dan juga di group Facebook MERSIX.








Dalam 2-3 bulan kebelakangan ni, ramai kawan-kawan MERSIX yang sudah pun mendirikan rumah tangga. Selama 3 minggu berturut-turut, jadual kami penuh dengan jemputan kahwin. Berikut adalah kawan-kawan MERSIX yang akan bernikah dalam masa terdekat.

26 Mei - Dayana
2 Jun    - Nazirul Azizi dan Norfarahain Abu Hanifah

Pada mana-mana yang berkesempatan, luangkanlah masa untuk datang ke hari istimewa kawan-kawan kita ni. 


Sunday, 21 April 2013

Lepak-Lepak MERSIX : Restoran Red Wok Bangi

Pada hari Sabtu 20 April yang lalu, kami telah mengadakan aktiviti Lepak-Lepak MERSIX di Restoran Red Wok Bangi.

Seramai 8 orang telah menyertai aktiviti ini. Wafi, Wak Tau, Ezzar, Aiman, Azrul Farhan, Azri, dan Wong antara yang hadir.




Wafi yang pada mulanya merupakan organizer telah menarik diri pada saat-saat akhir dan Zikri secara sukarelanya menawarkan diri bagi menggantikan beliau sebagai ketua projek kali ini.

Untuk aktiviti kali ini, kami semua telah membayar RM 30 bagi menikmati hidangan steamboat dan grill.

Aktiviti yang bermula pada jam 9.30 malam ini berakhir pada jam 12 malam.

Semoga aktiviti MERSIX akan terus mendapat sambutan.

p/s : Tahniah JDT kerana berjaya menewaskan Pahang dengan jaringan 1-0 hasil ledakan Leonel Boroi Nunez.

Terima kasih kepada Wafi sebagai informer.

Thursday, 31 January 2013

Hidup Ibarat Pokok

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat buat semua warga MERSIX yang membaca entry ini. Entry pertama blog ini dirasmikan dengan slot renungan dan tazkirah yang akan mengambil tempat pada setiap hari Jumaat. Setiap hari akan diadakan slot yang berbeza bagi memberi ruang kepada warga MERSIX untuk mendapat pelbagai informasi terkini dan pengisian untuk rohani dan jasmani.

Pernah dengar kata pujangga, Bekerjalah seperti anda akan hidup 1000 tahun lagi, tapi beribadahlah seperti anda akan mati esok hari. Disebali kata-kata ni, terfikirkah kita apa yang terselit disebaliknya?
Hidup kita ni umpama sebatang pokok. Jika tak dibaja dan disiram, pohon tersebut akan mati. Begitu juga simboliknya hidup kita. Andai kita tidak menjaganya dengan baik, maka musnah lah ia. Sia-sia lah nafas dan peluang hidup yang diberikan oleh Allah Yang Maha Kuasa kepada kita.

Jadi selagi ada masa kita, apa kata kita gunakan dengan baik, supaya dapat membajai hati kita dengan ibadah dan dapat memberikan kehidupan yang baik untuk kita. Jangan hanya meminta daripadaNYA bila memerlukan, tetapi bila senang kita lupakan.

 Allah tak pernah lupakan hambaNYA walaupun sesaat. Semoga dengan sedikit bingkisan ini, dapat kita renungi dan kaji semula diri kita. Dimana kita berada selama ini, dan apa yang sudah kita lakukan. Wallahualam.