Pages

Wednesday 11 December 2013

MX024 - Anugerah Semester Akhir

Assalamualaikum & Hai Mersix! J

Sekarang saya berada di semester akhir pengajian sarjana kewangan islam.  Siapa tak gembira nak habiskan pengajian. Tiba tiba Allah turunkan ujian. Allah merencana sesuatu untuk saya. Sesuatu yang indah. Yang indah untuk diterima oleh orang yang hebat kesabarannya. Tapi takpe, tak petah dengan ujian ni. Redha je yang penting doa banyak-banyak dekat Allah sebab sakit ni pun makhluk Allah juga. Ujian tersebut ialah sakit lymphoma. Dalam artikel ini saya hendak kongsi bagaimana saya terima ujian & kronologi bagaimana saya kesan sakit ni.


Sekitar Julai 2013 saya sedar ada macam biji kecil saiz biji kurma dekat lekuk tulang selangka kanan. Dan, ada ketumbuhan kawasan salur pernafasan hasil daripada x-ray yang dilakukan. Lepas tu beberapa ujian susulan dijalankan.


21.8.2013
Ada lump on my right collar bone. Ia tak sakit, ia firm & ia mobile. Golf-ball size. 3cmx3cm.

13.9.2013
Temujanji dengan general surgeon. Waktu ni  Doktor tanya kenapa lambat datang sebab swelling node tu dah besar. Saya mula rasa takut sebab pertanyaan tu. Doktor tanya lagi ada night sweating, unexplained weight loss, fever dan, saya jawab saya tiada simptom itu. Saya normal. Ok, Doktorr pun check kawasan yang ada nodes di seluruh badan saya.  Alhamdulillah, yang lain semua clear, cuma ada satu sahaja swelling node di leher saya. 

Diagnos awal
Thyroid @ thymoma. Blood test.

17.9.2013
Fine needle biopsy test. Masa ambil ujian ini, Doktor gunakan jarum yang sangat fine untuk ambil sample lump tu. Rasa macam kena gigit dengan semut api. Sakit manja manja gitu. Senyum.  

30.9.2013
CT Scan. Untuk kali ini, saya dinasihatkan puasa supaya mudah urusan semasa scan nanti. Masa dah baring atas pentas untuk dimasukkan ke dalam donut yang besar, saya diberi suntikan warm fluid. Boleh rasa cecair tu panas mengalir dalam tubuh. Bau cecair tu meloyakan tapi best sebab boleh experience how CT Scan is like. 

Cecair itu ialah special dye called contrast material, yang berfungsi untuk highlight kawasan dalam badan yang bermasalah. Feeling-feeling macam masukkan power fluid supaya leh jadi kuat macam superman.Hehe. Walaupun rasa tak selesa, tapi kena tunjuk macho juga, yeah, saya macho & tough. Mungkin ini permulaan kifarah ku. Senyum je. After scan, saya terus sarapan & minum air banyak-banyak untuk flush out  cecair tu. Sabar.

9.10.2013
Abah & umi bawa berubat secara rawatan Islam. Ustaz tu terangkan ketumbuhan ini boleh jadi disebabkan dua perkara samada dari jin yang masuk dalam pembuluh darah @ pemakanan kita. Alhamdulillah, setelah dibacakan ayat alquran, doa syifa & etc, saya tiada tanda terkena jin. Mungkin ketumbuhan ini disebabkan oleh cara hidup& gaya pemakanan saya. Redha.

10.10.2013
Pagi hari tarikh ni ada temujanji dengan Dr Tee. Doktor revealed result hasil ujian darah, fine needle biopsy & CT Scan, menunjukkan Hodgkin lymphoma. Earlier was misdiagnosed due to insufficient clinical evidences. Semasa terima keputusan ini, saya tenang & tak boleh digest apa Doktor sebut sebab tak faham. Balik rumah buat reading & otak slowly faham, proses & terima & redha & redha & redha. Transferred to medical clinic, consulted with Dr Guan (hematologist).

14.10.2013
Temujanji Dr Tee and Dr Mada (general surgeon). Explained on risks of incisional biopsy; bleeding etc. Dr Mada will lead minor procedure to cut out chunks of the lump.

16.20.2013
Dr Mada called & reminded to come early on Friday morning for minor procedure.

17.10.2013
ENT Assessment. Dr Samuel scopped through left nose. Alhamdulillah, no mass, no cerebrum, clear for minor procedure. Then, met Dr Guan for chemo cycle explanation and risks being faced. Senyum & ucap terima kasih pd Dr.

18.10.2013
Incisional biopsy. Ini fasa yang menguji ketahanan mental. Masuk wad pagi, incisionnya lepas solat jumaat. Keluar wad pukul 11 malam. 3 kali bius. Bius tahan sekejap je.Sakit? Ya. Allahu. Allah ada. Alhamdulillah Allah bagi peluang rasa sakit tu macam mana. Alhamdulillah, tekanan darah sebelum operate 124/x. & lepas operate 116/x. Angka bawah tak ingat dah berapa. Masuk OT pukul 2.15 petang & selesai pukul 3.30 petang. Alhamdulillah, Dr Mada and team did a great job! Surgeon cekap & nurses skillful. Dari theatre bay nampak abah lambai2. Saya senyum :))) tabahnya abah menemani saya sepanjang di hospital. :))))

20-26.10.2013
Kuatkan semangat ke Cagayan De Oro untuk share ilmu. Alhamdulillah, Allah lindungi diri ini. Walaupun kesan jahitan masih jelas di leher, tapi takpe, ia tidak mematahkan semangat saya. Lillahita’ala. Ni gambar saya hadir Conference Kewangan Islam semasa di sana. Waktu present paper ni, fizikal saya tak berapa mengizinkan tapi redah je sebab nak share ilmu dengan pendengar yang hadir.



Ni bergambar dengan senior2 & sifu dalam zakat. Saya masih bertatih mendalami zakat.






28.10.2013
Blood test lagi.


30.10.2013
Ok, hasil daripada ujian-ujian klinikal sebelum ini, hematologist sahkan Hodgkin Lymphoma Stage 2A. Redha and senyum, senyum, senyum. Dapat jadual untuk tarikh chemo. Yeayyy !! :)).. InsyaAllah will undergo six cycles of chemotherapy starting on 7th November.  Senyum & ucap terima kasih pd Dr.

6.11.2013
Admission

7.11.2013 
Morning. Bone Marrow. 
Evening: FIRST CYCLE OF CHEMO. InsyaAllah. Biiznillah. Doakan ya? Saya nak cergas & sihat kembali :))))

15.11.2013
1st chemo cycle, round 2.

4.12.2013
Conference at Menara Bank Islam, KL. Berkira-kira juga untuk hadir ke conference ini. Tapi sebab supervisor dah hantar nama, jadi saya pergi juga. Habis program dalam pukul 9 malam, saya terus balik Melaka. Esoknya 5.12 saya ada rawatan chemo di hospital.

Ni masa bergambar dekat Conference kedermawanan baru baru ini. Alhamdulillah, walaupun diri ini tak la berdaya sangat, tapi saya cuba sehabis baik, present paper dan saya menang silver untuk wuipcon poster competition. Syukur.


5.12.2013
2nd chemo cycle, round 1. Alhamdulillah, dah masuk second cycle. insyaAllah ada beberapa lagi cycle untuk dilalui.

Kesimpulan
Sekarang ni Alhamdulillah sangat boleh terima ragam chemo ni. Ada masa tak terlayan ragam chemo, tapi pada kebanyakan masa Allah beri kekuatan untuk dwelling sebaiknya dengan ujian ini. InsyaAllah, saya kena dan perlu kuat hadapi ujian ini sebab lepas habis belajar insyaAllah saya akan serve untuk UiTM untuk mendidik anak bangsa & Ummah. InsyaAllah, doakan saya ya. Terima kasih, kalian J
Zehan, Zuhal 5.

*Maaf, Bahasa berterabur  hihi J